INTERAKSI 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
PENGENALAN
Memandangkan internet
mempunyai kesan yang besar terhadap pengajaran dan pembelajaran, pengguna perlu
melakukan penilaian dan pemilihan terhadap bahan-bahan yang ingin digunakan
malah langkah penyesuaian juga perlu jika sesuatu bahan sumber maklumat itu mengandungi
gabungan unsur yang sesuai dan yang tidak sesuai.
Kemahiran dalam Bahasa
Melayu
Sebelum mendapatkan bahan di
internet, guru perlu mengetahui beberapa kemahiran yang terdapat dalam Bahasa
Melayu bagi memudahkan pencarian bahan. Kesinambungan ini perlu supaya
pengajaran menjadi lebih berkesan, menarik dan bersesuaian dengan aktiviti
pengajaran.
Faktor Pemilihan Bahan di Internet
Kepentingan selepas Memilih Bahan Internet
Selepas memilih bahan di
internet, guru perlu mengambil beberapa langkah yang penting sebelum mengambil
bahan untuk dijadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Memilih Bahan Sastera
Bahan sastera merupakan
bahan yang sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Bagi mendapatkan proses P&P yang berkesan, guru perlulah memilih
bahan-bahan yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran umur murid-murid mereka.
Kriteria-kriteria tertentu perlulah diambil kira agar guru tidak tersalah
memilih bahan yang ingin digunakan.
Jenis-jenis Sastera
Memilih Bahan Tatabahasa
Bahan tatabahasa sebenarnya
sering digunakan oleh guru untuk menjalankan latihan pengajaran. Kebiasaannya
murid-murid sudah menguasai atau mengetahui bab yang dipelajari sebelum
diberikan latihan tatabahasa ini. Hal ini kerana, pengajaran langsung daripada
guru berkaitan tatabahasa lebih berkesan.
Jenis-jenis Tatabahasa
Senarai di bawah merupakan
beberapa contoh jenis bahan tatabahasa
Memilih Bahan Bidang Ilmu Lain
Merujuk sukatan pelajaran
Bahasa Melayu, Konsep 5P yang diperkenalkan telah memberikan peluang kepada
guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran merentas bidang ilmu yang
lain. Namun, pemilihan bahan ini haruslah berkaitan atau berkesinambungan dengan
pengajaran Bahasa Melayu.
Jenis Bidang Ilmu Lain
No comments:
Post a Comment