Friday, 1 February 2013

INTERAKSI 5 : MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK DAN LAMAN WEB PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan

Zaman internet ini, penggunaan laman web membolehkan sesiapa sahaja sama ada individu, syarikat atau organisasi untuk menyalurkan pandangan, maklumat, pembelajaran hidupan dan sebagainya yang boleh dicapai oleh sesiapa di dunia dalam masa beberapa saat sahaja.


Kepentingan membina laman web

Terdapat pelbagai kepentingan laman web perlu dibina. Antaranya ialah 


Prosedur Pembinaan Tapak Pembelajaran bagi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Tapak pembelajaran merupakan satu tempat yang menyimpan pelbagai halaman-halaman web di mana halaman tersebut boleh dicapai oleh pengguna internet. Tapak pembelajaran ini merupakan bahan pengajaran masa kini yang menggunakan komputer sepenuhnya. Tapak pembelajaran ini sering digunakan guru sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. 


Penggunaan merupakan satu cara yang dapat membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Tapak pembelajaran yang sering digunakan adalah dalam bentuk power point.


Tapak pembelajaran sebelum membina laman web tapak pembelajaran memerlukan perancangan. Pembinaan laman web perlu dirancang terlebih dahulu. 
Bagi pembinaan laman web tapak pembelajaran P&P bahasa Melayu ini berkaitan dengan laman web pendidikan yang sememangnya membantu dalam proses P&P bahasa Melayu. Olen itu, terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti untuk pembinaan tapak pembelajran ini.

Garis Panduan Pembinaan Tapak Pembelajaran

Menurut Ramli Kamaruddin (2001) telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu ada dalam sesebuah tapak pembelajaran Terdapat beberapa garis panduan yang harus terdapat dalam sesebuah tapak laman pembelajaran. Antaranya ialah  :

1 Reka bentuk paparan skrin
Haruslah yang menarik, mudah

2 Grafik
Susun atur paparan skrin:
(i) Seimbang : kedudukan teks
(ii) Kemas : susun letak paparan skrin dalam keadaan kemas, bersih
(iii) Konsisten: teks dan grafik perlu pada setiap paparan.

3 Font atau muka taip
Standard yang terdapat dalam semua komputer ialah Arial dan Times New Roman.
Saiz tajuk pula harus sesuai menggunakan fon yang mudah untuk dibaca.
Font yang sesuai untuk isi kandungan pula pada saiz 10-12.
Bagi penggunaan warna fon pula harus berlainan seperti:

          - Ketebalan
          - Italic
          - Bergaris
          - Warna dan saiz fon berlainan.
          - Huruf berkedip : sesuai untuk    
            tarik perhatian pembaca pada                
            sesuatu tempat.

4         Ikon
Reka bentuk yang sesuai dengan topik
Pilihan warna yang sesuai pada ikon (ambilkira latar belakang)


5 Pautan hyperteks
Terdiri daripada cebisan teks dan maklumat dalam bentuk grafik atau video.
Maklumat disambung antara satu sama lain melalui pautan yang hasilnya tidak berbentuk linear iaitu tidak ikut urutan.


6 Format gambar
Bagi memudahkan memuat turun gambar di dalam tapak pembelajaran ialah menggunakan format seperti:
           - JPEG (* .jpeg)
           - GIF (* .gif)
Melalui format ini fail yang terhasil lebih kecil saiznya supaya lebih mampat untuk lebih pantas dimuat turun.
Tidak digalakkan menggunakan(bmp),(.tga), (.tif), (.pch) keran saiznya yang besar.

7 Format fail gambar
Tidak digalakkan menggunakan fail gambar bersaiz lebih dari 100kb.

8 Animasi
Satu siri gambar yang disusun atau ditayangkan satu per satu dengan begitu cepat sehingga kelihatan sperti satu gerakan.
Animasi multimedia lebih kompleks
Hanya digunakan pada paparan yang sesuai
Penggunaan SWF ( Macromedia Flash ) digalakkan kerana saiz yang lebih kecil.

PROSEDUR MEMUAT NAIK TAPAK PEMBELAJARAN DAN LAMAN WEB KE FILE MANAGER

·         Siapkan Tapak Pembelajaran. Lihat contoh susun letak dan reka bentuk Tapak Pembelajaran seperti yang disedakan. Klik File, Publish to the Web dan namakan fail sebagai index.
·         Setelah Tapak Pembelajaran siap, maka kita telah bersedia untuk memuat naik Tapak Pembelajaran ke web atau laman sesawang.
·         Pergi ke www.tripod.com dan daftar diri untuk buka akaun dengan Tripod.



Klik Start Now dan isi borang pendaftaran seperti yang berikut. Isikan semua butiran yang diperlukan.
Klik butang Sign Up pada kotak Tripod Free seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.                                                                                           
Isikan semua butiran yang diperlukan ke dalam borang pendaftaran


Setelah selesai mendaftar, anda akan dibawa ke paparan pemuka seperti yang ditunjukkan di bawah. Klik File Manager.

Apabila anda mengelik File Manager, anda akan dibawa ke paparan yang berikutnya seperti yang ditunjukkan di bawah. Anda telah bersedia untuk memuat naik fail ke File Manager.


Seterusnya klik pada tanda v pada kotak opsyen Upload seperti yang ditunjukkan pada paparan di atas. Setelah diklik, paparan berikut akan dapat dilihat.


Klik pada single files (8). Setelah diklik, paparan untuk memuat naik seperti yang berikut akan dapat anda lihat.

Anda akan dapat melihat alamat Tapak Pembelajaran anda seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas. Klik pada butang Browse. Klik kotak Make lowercase* dan kotak Allow overwrite**. Baca penerangan yang ada pada paparan memuat naik tentang Make lowercase* dan Allow overwrite. Setelah butang Browse diklik, paparan berikut akan dapat dilihat.


Klik pada index dan klik open. Paparan berikut akan dapat anda lihat. Klik butang Upload.

Apabila Upload diklik, paparan berikut akan ditunjukkan di skrin komputer.



Pada paparan skrin, akan ditunjukkan Upload OK, dan ditunjukkan fail yang dimuat naik File 1://index.htm. Klik Close. Apabila mengelik Close, paparan berikut akan ditunjukkan.


Anda akan dapat melihat index.htm telah dimasukkan ke dalam File Manager. Fail index.htm ialah fail kerja yang telah anda Publish to the Web dan secara semula jadinya telah diberikan nama index. Kini anda telah bersedia untuk meletakkan Tapak Pembelajaran anda ke Laman Web. Berikut merupakan langkah yang seterusnya untuk memuat naik Laman Web Pembelajaran anda.Klik pada kotak kecil yang terletak di sebelah index.htm. Selepas itu Klik Edit. Anda akan dapat melihat paparan yang seperti yang berikut.


Anda akan dapat melihat kotak pengaturcaraan yang menggunakan bahasa HTML (Hyper Text Markup Language). HTML merupakan bahasa pengaturcaraan program. Pada peringkat ini, kita tidak akan mendalami HTML, cuma sekadar mengetahui bahawa bahasa pengaturcaraan itulah yang membentuk sesuatu program atau kerja yang kita lakukan.
Sila klik Save dan kemudian klik Done. Setelah selesai mengelik Done, paparan berikut akan ditunjukkan.


Anda akan dapat melihat alamat Tapak Pembelajaran anda iaitu dalam konteks ini http://elbywahida.tripod.com/index.htm Ini merupakan alamat Tapak Pembelajaran anda. Anda juga akan dapat melihat Edit this page Fungsi ini akan kita kendalikan kemudian. Klik pada alamat Tapak Pembelajaran anda dan lihatlah hasilnya.
Tamatlah bahagian Pertama cara untuk memuat naik Tapak Pembelajaran ke dalam web. Selepas ini kita akan belajar cara untuk merangkaikan fail dengan Tapak Pembelajaran, dan memasukkan fitur mudah seperti tarikh ke dalam Tapak Pembelajaran anda.

INTERAKSI 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


PENGENALAN

Memandangkan internet mempunyai kesan yang besar terhadap pengajaran dan pembelajaran, pengguna perlu melakukan penilaian dan pemilihan terhadap bahan-bahan yang ingin digunakan malah langkah penyesuaian juga perlu jika sesuatu bahan sumber maklumat itu mengandungi gabungan unsur yang sesuai dan yang tidak sesuai.

Kemahiran dalam Bahasa Melayu

Sebelum mendapatkan bahan di internet, guru perlu mengetahui beberapa kemahiran yang terdapat dalam Bahasa Melayu bagi memudahkan pencarian bahan. Kesinambungan ini perlu supaya pengajaran menjadi lebih berkesan, menarik dan bersesuaian dengan aktiviti pengajaran.

Faktor Pemilihan Bahan di Internet

Kepentingan selepas Memilih Bahan Internet

Selepas memilih bahan di internet, guru perlu mengambil beberapa langkah yang penting sebelum mengambil bahan untuk dijadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Memilih Bahan Sastera

Bahan sastera merupakan bahan yang sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Bagi mendapatkan proses P&P yang berkesan, guru perlulah memilih bahan-bahan yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran umur murid-murid mereka. Kriteria-kriteria tertentu perlulah diambil kira agar guru tidak tersalah memilih bahan yang ingin digunakan.

Jenis-jenis Sastera
(a) Pantun
(b) Sajak
(c) Syair
(d) Seloka
(e) Gurindam
(f)  Cerita pendek

Memilih Bahan Tatabahasa

Bahan tatabahasa sebenarnya sering digunakan oleh guru untuk menjalankan latihan pengajaran. Kebiasaannya murid-murid sudah menguasai atau mengetahui bab yang dipelajari sebelum diberikan latihan tatabahasa ini. Hal ini kerana, pengajaran langsung daripada guru berkaitan tatabahasa lebih berkesan. 

Jenis-jenis Tatabahasa

Senarai di bawah merupakan beberapa contoh jenis bahan tatabahasa

Memilih Bahan Bidang Ilmu Lain

Merujuk sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Konsep 5P yang diperkenalkan telah memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran merentas bidang ilmu yang lain. Namun, pemilihan bahan ini haruslah berkaitan atau berkesinambungan dengan pengajaran Bahasa Melayu.

Jenis Bidang Ilmu Lain










Saturday, 19 January 2013

INTERAKSI 3 : APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET


Pengenalan

Etika komputer umumnya adalah satu bidang yang berkaitan dengan penggunaan komputer yang betul (panduan). Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu atau kes yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.



Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet Garis panduan dan etika penggunaan internet telah dimuat turun dari enjin pencari maklumat di internet.

Objektif Kod Etika


a) Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer.
b) Memahami prinsip etika komputer.
c) Memahami etika profesional Teknologi Maklumat.
d) Mengetahui fungsi kod etika profesional.
e) Keperluan etika komputer.


Prinsip Kod Etika 

  • Keseimbangan - kebaikan yang dibawa Teknologi Maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.
  • Keizinan termaklum - mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mestilah faham dan menerima risiko yang akan dihadapi.
  • Keadilan - manfaat dan keburukan seharusnya diterima oleh pengguna secara adil.
  • Meminimumkan risiko - Teknologi Maklumat perlu dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima lebih daripada risiko.



Rukun Etika

  1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
  2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
  3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
  4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
  5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
  6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah (cetak rompak).
  7. Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.
  8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
  9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.



Kerangka Kod Profesional

  1. Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepada sesiapa misalnya menyebarkan virus.
  2. Menyumbang kepada masyarakat seperti mereka bentuk produk baru yang memudahkan penggunaan berkomunikasi.
  3. Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya.
  4. Bersikap adil dan tidak menindas.
  5. Menghormati hak cipta orang lain.
  6. Menghormati hak bersendirian orang lain.


Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan Power Point

Brosur 


  • Brosur sebagai media promosi.
  • Brosur digunakan untuk memberitahu atau memujuk masyarakat untuk meliibatkan diri dalam sesuatu bidang yang tertentu.
  • Brosur juga boleh digunakan dalam dunia perniagaan yang berfungsi untuk menyampaikan maklumat atau jualan yang dijalankan.
Contoh Brosur :




Power Point

  • Perisian Power Point atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial, pembentangan kertas kerja dalam seminar atau persidangan, kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.
  • Pada masa ini, power point bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif.
  • Ini membawa maksud perkataan power point boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantukan Komputer (IBK) yang berkesan.

Contoh Power Point :








































INTERAKSI 2 : MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan Dalam Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Melayu

Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks

  • Proses pengumpulan bahan boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai enjin pencari.
  • Sedar atau tidak kita selalu menggunakan enjin pencari maklumat yang telah sedia ada di dalam komputer seperti Google dan Yahoo.
  • Enjin pencari itu dikenali sebagai 'internet'.
Bentuk enjin pencari bahan boleh dilihat
(i) Paparan Internet

(iii) Halaman 'Microsoft Office Word'


Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa
  • Proses mengumpul bahan yang diperolehi daripada internet akan disimpan di dalam folder bahagian-bahagian tertentu mengikut kemahiran bahasa dalam Bahasa Melayu.
Kepentingan Proses Pengumpulan Bahan


Langkah Pengumpulan Bahan

1) Mengumpul Bahan Audio
- Contoh : Menggunakan Enjin Pencari    
  Mediafire untuk muat turun bunyi ayam.
- Sila klik pada pautan di bawah untuk memuat 
  turun bunyi ayam (http://www.mediafire.com/?
  bqn54j3ai2su oh9) 'bunyi ayam'.

2) Mengumpul Bahan Video
- Contoh : Menggunakan Enjin Pencari youtube untuk memuat 
  turun video.
- Sila klik pada pautan di bawah untuk melihat video dan memuat 
   turun video.
- http://www.youtube.com/watch?  
   v=FsXi3RwKcLg&feature=player_embedded
- Video kanak-kanak (bapaku pulang dari kota)

3) Mengumpul Bahan Grafik
- Bahan grafik biasanya boleh dimuat turun melalui enjin pencarian 
  google dan fokuskan kepada grafik/gambar/picture.
- Kemudian, gambar-gambar ini boleh dimasukkan ke dalam 
  "Power Point" untuk dipersembahkan ketika proses P&P.
- Contoh : Mengumpul gambar berkaitan petani.

4) Mengumpul Bahan Teks
- Contoh : Mengumpul bahan teks daripada enjin pencarian Scribd 
  berkenaan teks melancong.
- Sila klik pada pautan di bawah untuk melihat teks dan memuat 
  turun (Melancong ke Melaka)
- http://www.scribd.com/doc/52934653/teks-MELANCONG-KE-
  MELAKA.

Apa itu 'Enjin Pencari'?

  1. Merupakan software yang digunakan untuk mencari maklumat.
  2. 'Enjin pencari' dicipta pihak tertentu bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata kunci pada ruang yang telah disediakan.
  3. Kata kunci mestilah terdiri daripada perkataan yang ringkas atau sasaran maklumat yang hendak kita dapatkan.
Tujuan 'Enjin Pencari' (konteks pendidikan)

  • Mencari bahan pengajaran dan pembelajaran interaktif.
  • Memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan.
Jenis 'Enjin Pencari'

  • www.google.com

  • www.yahoo.com


  • www.teoma.com



Cara Mengkategorikan Maklumat :

  • Video
  • Gambar
  • Ruangan 
  • Lagu
  • Multi
  • Permainan 
  • Perniagaan

Bagaimana mendapat maklumat di internet?
  1. Kenal pasti tajuk.
  2. Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang ingin dicari.
  3. Memilih enjin pencarian yang tepat.
  4. Menyemak kesesuaian bahan atau maklumat yang dijumpai.
  5. Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.

Sunday, 13 January 2013


MINGGU 1
PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU
1. MENGGUNA WEB, VIDEO, AUDIO DAN IMEJ
³ Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet 
     seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain.
³ Yahoo dan Google adalah enjin pencari yang popular kerana 
     sering digunakan.
³ Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan 
     yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan 
     audio, video, teks, dan grafik.
³ Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, 
     pengguna perlu menaipkan alamat internet.
³ Kebiasaannya, apabila pengguna mengklik ikon internet maka 
     pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan 
     secara semula jadi.
Contoh alamat pembekal maklumat internet:
 ¶  www.yahoo.com 
 ¶  www.yahoo.co.uk
 ¶  www.yahoo.com.my
 ¶  www.google.com
 ¶  www.msn.com



Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search. Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet.

            Bahan video juga boleh didapati daripada Youtube dengan menaip pautan www.youtube.com. Lihat contoh di bawah.





            Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube downloader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet. Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang diperlukan.

2. MENGGUNAKAN KATA KUNCI, FRASA YANG SESUAI UNTUK MENDAPATKAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari. Sila lihat contoh di bawah.


 v  Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik 
     Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut. 
     Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.
 v  Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan 
     tanda “ “ seperti “resepi masakan”. Dengan berbuat begini, anda 
     akan mengurangkan penyenaraian anda.
 v  Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan 
     isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak 
     dikuasai dalam sesuatu pengajaran.
 v  Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa 
     Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran 
     yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan 
     Pengajaran Seminggu.
 v  Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan 
     seperti yang anda perlukan.




3.  Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan Katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.
3.1  Alamat Internet
Ø  Untuk menyimpan bahan dengan menggunakan alamat internet, 
    anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. 
    Lihat gambar rajah yang berikutnya.
 Ã˜  Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada 
     bahagian alamat tapak.  
 Ã˜  Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.
 Ã˜  Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. 
     Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan 
     ke dalam fail Word.
 Ã˜  Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali 
     sehingga anda mahir melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut 
     diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.




Alamat Internet.

Wajik

Karipap

Menambah Nilai Buku

Jangan Biar Penjenayah Gugat Hak Anak Kita

Tangani Kemelut Kejiranan di Kawasan Bandar

Modus Operandi Terciptanya Bangsa Melayu

Memperkasa Pantun Melayu

Bergaya Dengan Teknologi Nano

Penglihatan Dan Keselamatan Jalan Raya

Pantun Melayu

3.2  Katalog Alamat Internet
Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.
Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:

Tajuk

URL

Sinopsis


Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan
pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah. Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang berikutnya.

Katalog Alamat Internet

Tajuk
Peribahasa Melayu

URL

Sinopsis
Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa.


Tajuk
Seni Tenun Melayu
URL

Sinopsis
Laman sesawang mengenai seni tenun Melayu yang terdapat di nusantara.


Tajuk
Tatabahasa : Kata Nama

URL

Sinopsis
Laman sesawang mengenai kata nama dan menunjukkan jenis kata nama dan contoh penggunaan kata nama.


Tajuk
Tatabahasa : Penjodoh Bilangan

URL

Sinopsis
Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.


Tajuk
Pakaian Tradisional
URL

Sinopsis
Gambar mengenai pakaian tradisional di Malaysia.


Tajuk
Sukatan Pelajaran & Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

URL

Sinopsis
Laman sesawang yang memuatkan segala maklumat mengenai Pusat Perkembangan Kurikulum. Laman ini juga ada menyediakan kemudahan memuat turun sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran bagi semua mata pelajaran.


Tajuk
Pusat Perkembangan Kurikulum

URL

Sinopsis
Laman ini memuatkan pelbagai maklumat yang boleh didapati seperti huraian sukatan pelajaran bagi semua mata pelajaran.